Sitehandy Solutions
Bahasa Melayu Tukar bahasa
Log masuk
Semua pengumuman

[PENTING] Sistem Billing Baharu Sitehandy: BillingEvo

23/11/2026

Kepada pelanggan yang dihargai,

Mulai hari ini, sistem billing hosting dan domain Sitehandy berpindah daripada ClientExec (my.sitehandy.com) ke sistem billing baharu kami sendiri, BillingEvo, di pautan:

https://billing.sitehandy.com

Perkara penting yang perlu anda tahu

  • Profil, servis hosting, domain, invois dan sejarah bayaran anda telah dipindahkan ke sistem baharu.
  • Nama pengguna anda kekal sama, iaitu alamat e-mel anda.
  • Kata laluan lama tidak dapat dipindahkan. Sila tetapkan kata laluan baharu melalui e-mel yang kami hantar, atau melalui pautan "Lupa kata laluan?" di halaman log masuk. Anda juga boleh memilih "Hantar kod log masuk ke emel saya".
  • Invois boleh dibayar melalui CHIP (perbankan dalam talian/FPX, kad kredit dan debit, e-dompet) atau pindahan bank.
  • Peringatan invois dan pembaharuan kini dihantar melalui e-mel dan WhatsApp.
  • Sepanjang tempoh peralihan, anda mungkin menerima peringatan berganda. Sila abaikan jika servis anda masih aktif atau invois telah dijelaskan.
  • Pautan lama my.sitehandy.com tidak lagi digunakan.

Cara log masuk

  1. Layari https://billing.sitehandy.com
  2. Masukkan alamat e-mel anda.
  3. Jika anda belum menetapkan kata laluan, klik "Lupa kata laluan?" dan ikut arahan dalam e-mel.

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan akaun anda, sila hubungi kami melalui WhatsApp: https://wa.me/601138038022

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan sepanjang tempoh peralihan ini. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda terhadap Sitehandy Solutions.

Salam hormat, Sitehandy Solutions